Tuesday, May 29, 2018


BUKU KE 2 - 

TRAVELOG KEHIDUPAN 'DARI SENTUL KE SIJANGKANG' (DSKS)

PENERBIT : TEBOOK PRESS
MUKASURAT : 233
CETAKAN PERTAMA: JANUARI 2017


Saya terus menulis. Saya bukan pakar dalam apa-apa bidang pun namun saya pernah terbaca satu quote dari penulis terkenal. Tulislah 'pengalaman kamu kerana ianya lebih dekat di hati'. 

Setiap insan punya pengalaman sendiri dan pengalaman kita tentunya berbeza dengan pengalaman oranglain. Mungkin pengalaman yang kita kongsikan itu bermanfaat untuk oranglain, manalah tahu. Mungkin juga pengalaman kita itu memberi sinar buat insan lain, mungkin juga memberi kekuatan untuk kehidupan orang lain. Tulis..tulis dan tulis..

Bagaimana saya bermula dengan TeBook Press?

Saya ternampak iklan di FB Tebook yang sedang mencari manuscript terbaru. Kebetulan pada masa itu saya sudah pun menyiapkan manuscript DSKS ini. Apalagi saya pun terus menghantar 5 bab pertama melalui email.

KRONOLOGI : 

* 11 OGOS 2016 - HANTAR 5 BAB PERTAMA - LULUS!

* 23 OGOS 2016 - HANTAR KESELURUHAN MSS - LULUS!

Bla..bla..berbalas email...betulkan itu, betulkan ini....

* 4 DECEMBER 2016 - ALHAMDULILLAH, BUKU KE 2 BERJAYA DITERBITKAN.

note: Lamanya tempoh hantar manuscript dan diluluskan itu bergantung pada satu-satu rumah penerbitan. Saya pernah menarik balik mss dari satu rumah penerbitan gara-gara tidak sabar. Sedangkan mungkin juga penerbit tersebut mempunyai sejumlah mss yang perlu didahulukan, kena queue! Penerbit juga ada perancangan dan strategi mereka tersendiri. Mungkin, bulan ini kena keluarkan buku bisnes, mungkin 2,3 bulan pula buku berkaitan dengan kisah hidup bakal diterbitkan. Penerbit ada marketing plan mereka sendiri. Selepas saya tarik balik mss tu saya rasa menyesal. Hubungi semula penerbit tersebut dan hantar mss yang lain pula. Harapnya big boss di situ maafkan saya. Penerbit apa ya? Biarlah rahsia...


Buku ini kisah apa pula ya?

Sepanjang saya berkahwin kami kerap berpindah randah. Semuanya kerana 'membontoti' di mana suami bekerja. Bila dihitung-hitung sudah lapan kali kami berpindah randah. Semua jenis rumah kami pernah duduk - rumah teres, rumah sewa, rumah semi D dan juga flat. Semuanya ada kisah tersendiri yang saya nukilkan.

Pengalaman membeli rumah sendiri, membeli rumah lelong ada procedure dan cabarannya yang tersendiri, nak tahu ceritanya? Kenalah baca buku ini. Tidak kurang juga pengalaman menyewa rumah oranglain serta menyewakan rumah kepada oranglain. Huhu...ada ceritanya juga.

Secara peribadi, saya kira buku ini 'berjaya' tambahan pula mendapat recommendation dari sifu penulisan Tuan Zamri Mohamad. Isi buku ini lain dari yang lain. Buku ini boleh dijadikan panduan buat mereka yang baru berkahwin dan juga buat mereka yang belum memiliki rumah sendiri.





Tidak dinafikan adik beradik dan saudara mara merupakan penyokong kuat untuk saya terus menulis. Gambar di atas sempena promosi buku DSKS di hari perkahwinan sepupu - Syazrul & Su di Ipoh. Sempat lagi menjual buku. Memang sportinglah makcik, pakcik, sepupu sepapat semua ...luve u all muahhh.



Teruja lagikan? Jadinya untuk buku ke 2 ini saya menghadiahkan kalendar mini buat pembaca yang budiman. Sebagai tanda terima kasih.




Jalan-jalan kat shopping complex terjumpalah kedai buku. Penulis memang pantang berjumpa kedai buku. Ehhh...macam kenal je buku di rak tu? Apalagi, berposinglah dengan buku sendiri. Bangga lagi!


Ulasan buku ini tersiar di HARIAN METRO pada SELASA 7 MAC 2017. Artikel ini disiarkan di Ruangan Rak Buku. ALHAMDULILLAH


Buku Kerana Dia IBU


BUKU KERANA DIA IBU







Sebenarnya saya bukanlah orang yang pandai menulis. Sewaktu sekolah dahulu pun setakat hantar artikel ke majalah sekolah. Ketika meniti usia remaja adalah juga hantar kisah-kisah dan adalah juga yang tersiar di majalah.

Saya memang suka menulis diari. Ketika mengandung anak pertama dan ditahan selama hampir 3 bulan di wad hospital, setiap malam saya menulis aktiviti yang saya lalui di hospital. Ada hari-harinya emosi saya terganggu. Sedih terutamanya apabila suami tidak datang melawat. Gembiranya apabila ramai yang datang melawat. namun demikian, hati saya sering diselubungi dengan perasaan resah akibat terlalu banyak sangat mendengar kisah-kisah 'menakutkan'. Pengalaman ibu yang sedang mengandung dan pengalaman mereka yang sudah bersalin. Macam-macam versi dan semuanya negative!

Setelah selamat bersalin saya simpan diari itu baik-baik.

Tahun 2012 ketika anak berumur 4 tahun dan seorang lagi berumur 3 tahun saya memberanikan diri menulis. Setiap hari mengadap computer, sehari satu bab. Dah siap dan dengan penuh yakin saya terus menghantar ke Karangkraf. Lama juga saya menunggu jawapan dari pihak penerbit dan hampir setahun akhirnya saya menerima jawapan yang mendukacitakan. Manuskrip saya ditolak! Apabila saya teliti semula manuskrip tersebut memang layak dibakulsampahkan. Dan, saya sendiri tersalah hantar ke unit novel. Pada masa itu fiksyen dan non fiksyen pun tidak tahu hendak dibezakan. Hehehe..

Saya olah semula manuskrip tersebut. Ambil masa beberapa bulan betulkan apa yang patut. Tajuk buks saya masa itu ialah Dari Wad 6B. Pergi ke kedai, printing hard copy (pada masa itu perlu hantar hard copy). Pergi pejabat pos buat register risau manuskrip hilang, masa tu dah mask than 2013. Tunggu punya tunggu....

5 Dec 2014 - saya mendapat email manuskrip telah diterima dan LULUS! Alhamdulillah..melompat sorang-sorang kat rumah. Anak-anak pun tercengang tengok Umi dia - buang tebiat ke?

10 March 2015 - dapat duit royalty (emmm, buku belum jual lagi tetapi duit dah dapat )

22 April 2015 - Editor dah inform buku dah ada di PWTC. Malam itu juga saya berkejar ke PWTC. Tersengih sorang-sorang tengok ada buku tulisan sendiri di rak buku Karangkraf . Masa itu PBAKL 2015. Bangga!





24/4/2015 - Pergi ke PWTC ditemani dengan adik. Posing dengan buku sendiri. Berjumpa dengan editor - Siti Normala dan kami bergambar bersama-sama.



Buku ini mengisahkan pengalaman saya bermastautin di hospital selama hampir 3 bulan. Tinggal di hospital tiada siapa yang suka. Oleh kerana saya menghadapi uri di bava mahu tidak mahu terpakslah mendengar nasihat doktor - tinggal di hospital atau tanggung risiko boleh mengalami pendarahan yang banyak bila-bila masa sahaja! Kisah-kisah di hospital saya nukilkan di dalam buku ini.

Saya mengambil masa hampir 10 tahun untuk mendapat anak pertama ini. Saya kongsikan jugo pengalaman saya dalam usaha mendapatkan bayi. Mudah-mudahan ianya memberi manfaat buat mereka yang senasib dengan saya.

Buku pertama ini mungkin banyak kekurangannya. Iyelah, menulis tanpa ada ilmu...walaupun begitu saya rasa bersyukur di atas kelahiran buku sulung ini yang menceritakan perjalanan sepanjang mengandung dan melahirkan anak sulung.


Suatu hari saya menerima notification dari kawan FB yang menyatakan buku saya diulas dalam Harian METRO. Hati mana yang tidak melonjak gembira. Harian METRO Selasa - 2 Jun 2015. 




Raya tahun itu juga saya berbesar hati memberi sampul angpau buat pembaca sebagai tanda terima kasih. hahaha ...teruja betulkan. Baru satu buku dah semacam, oranglain dah ada berpuluh buku buat biasa je....







Terima kasih adik beradik, saudara mara, sahabat - sahabat sequa

Saya benar-benar berterima kasih buat penerbit Karangkraf yang memberi peluang dan ruang untuk saya berkarya. ALAF 21 ...semoga terus success!




LOSYEN - Terbitan KataPilar

Ini buku kolaborasi yang ketujuh - LOSYEN.   Saya ni peminat setia buku-buku terbitan KataPilar. Sampaikan saya pernah berangan-angan untuk ...