Tuesday, December 11, 2018

LAGI SURAT-SURAT CINTA YANG TAK TERSAMPAIKAN

BUKU KE 7

WAHHHHH....tajuk buku pun dah panjang berjela.

Buku ini bleh dikategorikan buku surprise. Kenapa?

Posmen poslaju hon hon ...aduhai, bingitnya telinga. Capai tudung, posmen minta turunkan tandatangan. Terbelek-belek sampul luar. Dari Sindiket Soljah...mula terfikir, aku tak order buku pun.

Masuk dalam rumah, terus koyakkan sampul pos laju dengan rakusnya. Tadaaa...dua buah naskhah buku ini. Belek-belek dalam buku ...ehhh, karya aku terpilih dan dibukukan! Yahooo!



Al kisahnya ketika terbaca iklan untuk menulis manuscript ini, tarih tutup sudah pun berlalu dalam dua minggu rasanya. Sekadar mencuba nasib .... hantar emel. Jawapan yang diterima, 'terima kasih kerana menghantar manuskrip.'

Hantar manuskrip - 2 Januari 2018

Tak ingat pun tentang manuscript ini dan tidak juga menaruh harapan. Cewahh, dasat punya ayat. Editor pun tanya diam seribu bahasa. Tup ..tup ...eh, manuscript ini berjaya, maka dihadiahkan dengan dua buah buku pada 5 April 2018. Alhamdulillah.

Tak sempat nak wish ....so jutaan terima kasih buat Sindiket Soljah dan Anai-anai Studio.

Apalagi nak diceritakan tentang buku ini? Itu sahaja kut... 



No comments:

Post a Comment

LOSYEN - Terbitan KataPilar

Ini buku kolaborasi yang ketujuh - LOSYEN.   Saya ni peminat setia buku-buku terbitan KataPilar. Sampaikan saya pernah berangan-angan untuk ...