Friday, August 7, 2020

BUKU TRAVELOG HAJI - KEMBARA CINTA AR-RAHIM


Allahuakbar

Entahlah, apalah yang disibukkan sangat sehingga tidak sempat menulis blog.😅 Dah bersawang blog ini, bagaikan rumah tinggal.


ALHAMDULILLAH. sekadar berkongsi rasa gembira dengan kelahiran baby baru, buku Travelog Haji - Kembara Cinta Ar Rahim. Buku ini diterbitkan bukan untuk berbangga dengan diri, ianya tidak lebih hanya untuk membukukan momen indah di Tanah Suci. Kedatangan ke bumi Haramain ini yang mungkin berlaku sekali seumur hidup.

    Berpandukan buku biru kecil yang menjadi peneman sepanjang di Tanah Suci, dengan penuh semangat saya menaip setiap bait kata dengan penuh rasa insaf, gembira dan sedih. Teringat-ingat kali pertama mengelilingi Kaabah diiringi dengan linangan airmata.

    Manuskrip hampir siap. Mencuba nasib dengan menghantarnya ke salah satu rumah penerbitan. 

    "Buku Haji sudah banyak di pasaran. Apa istimewanya buku puan? Adakah puan orang Tabung Haji (TH)  yang bertugas di Tanah Suci? Jika begitu, barulah buku puan unik di pasaran."

    Ahh, rasa terduduk membaca balasan dari pihak penerbit. saya faham, buku Haji yang ditulis seperti buku Haji lain. Persediaan sebelum pergi haji, pengalaman mengerjakan haji dan THE END.

    Tidak mengapa, setiap penulis ada cara tersendiri menterjemahkan apa yang dirasai oleh mereka. Setiap jemaah haji juga mempunyai pengalaman yang berbeza. saya nekad, jika tiada penerbit yang mahu, saya SWATERBiT!

    Bermula bulan mac 2020 saya mula mencari editor yang bersesuaian dengan bajet. Hujung Februari duit ASB berjumlah RM 1200 dikeluarkan sebagai modal. Ini bermakna buku yang dihasilkan tidak boleh melebihi dari budget ini.

    Dalam pencarian itu terjumpa penulis Nurul Syahida yang berpengalaman menerbitkan banyak buku. Penerbit kecil, SHE ini juga bertindak sebagai editor. Lantas kami berbalas mesej dan sebutharga pun diberi, sebutharga itu menepati budget. 

    Nak buat buku travelog, kebanyakan buku travelog berwarna -warni. Ahh, sudah. Pada mulanya saya rancangkan setiap awal bab berwarna sahaja. Nurul beritahu cara sebegitu costly, dia mencadangkan agar buat galeri gambar berwarna. Okay. 

    Maka bermulalah hantar mss, pulang semula mss untuk disemak dan begitulah proses tersebut sehinggalah manuskrip tersebut sempurna di mata. Saya meminta bantuan (berbayar) dari adik, badrul safuan untuk mereka kulit buku. Alhamdulillah, cover yang direka cukup memikat mata dan hati. TQ Adak.

  


No comments:

Post a Comment

LOSYEN - Terbitan KataPilar

Ini buku kolaborasi yang ketujuh - LOSYEN.   Saya ni peminat setia buku-buku terbitan KataPilar. Sampaikan saya pernah berangan-angan untuk ...