Ini buku kolaborasi yang ketujuh - LOSYEN.
Saya ni peminat setia buku-buku terbitan KataPilar. Sampaikan saya pernah berangan-angan untuk menulis dengan penerbit ini.
Dan pada suatu hari saya ternampaklah hebahan dari penerbit Kata yang memerlukan manuskrip anekdot- Anekdot Lucu Hospital.
Sesiapa yang berminat perlu menghantar lima anekdot. Syarat utama, anekdot yang ditulis perlulah kelakar. Jika tidak kelakar, terus di'reject'! Fuhh, berpeluh juga bila baca syarat tersebut.
Jenuh perah otak, Saya pun tulislah antara kisah-kisah lucu ketika bermastautin di hospital ketika mengandung anak pertama. Mencabar juga sebabnya anekdot ini cerita pendek yang lucu. Bukannya cerita panjang berjela.
Dengan penuh harapan membunga, saya pun hantarlah manuskrip pada 11 Januari 2019. Saya juga turut war-warkan pada Group whatsapp Trust Us - We are writers.
Alhamdulillah, pada 27/3/2019 dapat maklumbalas positif. Hanim dan Fizah pun mendapat khabar gembira. Cuma Wie tidak sempat menghantar mss kerana sibuk dengan kerjaya gurunya.
Dan yang seronoknya, ketika Pesta Buku tahun 2019 (29/3 - 7/4) , Katapilar telah mengadakan pertemuan dengan penulis bagi buku Losyen dan Gargel. Saya dah lupa tarikh sebenar aktiviti tersebut.Buku LOSYEN merupakan himpunan cerita lucu para pesakit dan konco-konconya. Manakala buku GARGEL pula merupakan himpunan cerita lucu para doktor dan konco-konconya.
Malangnya, kecewa betul saya kerana saya masih tidak cukup sihat pada masa itu kerana baru beberapa hari menjalani pembedahan major. Masih belum cukup kuat nak berjalan laju. Jadinya, saya minta pada Puan ada menjadi wakil bagi saya pada hari penyerahan buku. Jealous bila tengok gamabr Puan Adawiyah bergambar dengan Dr Fadh Razy., heheh.
Dan pada 4/4/2019 Puan Wie pun datang bersama-sama salah seorang penulis buku LOSYEN Cikpuan Hanim ke rumah saya. Mereka datang untuk menziarahi saya.
Seingat saya pada tahun lepas (2020) dalam Group Whatsapp LOSYEN para penulis dikehendaki memberi nombor akaun bamk. Alhamdulillah, kami mendapat duit royalti, RM 50 bagi setiap penulis. Bertuahnya.








