CORAT CORET HAJI 3
Assalamualaikum
Dah buka akaun TH? 
Dah daftar Haji? 
Mengikut kenyataan dari TH mereka yang mendaftar pada tahun ini kena menunggu 114 tahun bagi mengerjakan Haji! 

"Giliran saya lambat lagi, 80 tahun lagi baru boleh pergi."
"Entah sempat ke idak pergi Haji ni."
Ini antara keluh kesah pendeposit setelah menerima tarikh anggaran pemergian Haji.
Okay camni. Jangan terlalu memikirkan sangat tarikh tersebut. Ianya hanyalah anggaran sahaja.
Niat untuk ke Tanah Suci sudah tersemat, serahkan segalanya pada Allah SWT, di samping itu banyakkan berdoa dan menyimpan duit.
1. Pastikan berdisplin dalam menyimpan duit. Usahakan menyimpan paling minima RM 10k dan buatlah surat rayuan.
2. Ada beberapa kuota kosong - segelintir pendeposit yang tidak melepasi ujian kesihatan, ada juga yang sudah meninggal dunia, ada yang hamil dan ada beberapa perkara yang menyebabkan pendeposit menolak tawaran Haji.
Amat penting kita sentiasa mengemaskini butiran peribadi seperti alamat dan nombor telefon. Ada beberapa kes, pendeposit yang telah berpindah rumah tidak dapat dikesan. Sayangkan, dapat tawaran ke Mekah, malangnya surat tidak kesampaian.
Saya cemburu juga melihatkan ramai pasangan muda yang pergi ke Mekah. Masa muda, tenaga masih kuat, aktif ... beruntung tau pergi Haji dalam usia muda.
Namun begitu, walau berapa pun usia kita ketika menjadi tetamuNya, hargailah masa dan peluang yang diberikan.
Selamat mendaftar Haji ya.


No comments:
Post a Comment