Corat coret Haji - 2
Pertama sekali untuk pergi mengerjakan Haji mestilah membuka akaun di Tabung Haji (TH). Oh ya, sejak 23 June 2019, TH sudah melaksanakan pemansuhan Buku Akaun Simpanan TH, buku yang berwarna kuning ni sudah tidak wujud lagi. Jika buka akaun memang tidak ada buku.
Kalau tiada akaun dengan TH tak boleh pergi Haji? Mestilah boleh. Boleh mendaftar dengan mana-mana syarikat umrah dan haji.
Jika ada akaun TH lagi memudahkan urusan kita untuk ke Tanah Suci . TH yang ditubuhkan pada tahun 1963 menyediakan kemudahan bagi umat Islam di negara ini untuk menyimpan wang bagi mengerjakan Haji.
Sebelum ini segala urusan dan deposit duit perlu dibuat di mana-mana cawangan TH. Lecehnya kan. Sudahlah tu kena berbaris panjang dan tak semua daerah ada cawangan TH.
Masa itupun nak masuk duit setiap 6 bulan je, sayalah tu. Yang bagusnya, hendak keluarkan duit pun leceh. Tetapi apabila terdesak terpaksa jugalah keluarkan duit ,
.
Sekarang ini senang, sejak pengguna boleh 'link' kad ATM bank. Ada beberapa bank yang mempunyai kerjasama dengan TH seperti Bank Islam, CIMB, MAYBANK. Cara untuk link tu Googlelah ya.
Apabila ada kemudahan link, alahai ... bila-bila nak depositkan duit pun boleh. Begitu juga dengan pengeluaran duit, ehhh, bila-bila pun boleh keluar duit, senangnya,
.
DISPLIN kan diri. Ohh, inilah cabaran terbesar kan. Jangan usik duit TH tu. Saya tidak terkecuali, nak bayar deposit duit rumah, keluar duit TH. Nak beli itu,ini keluar lagi duit TH. Dalam hati, nanti 'gantilah balik'. Hahaha, sampai bertahun-tahun tak ganti juga.
Sedangkan saya buka akaun TH sejak Form 1 ( dipaksa oleh guru besar). Jika saya istiqamah menyimpan mungkin dah boleh pergi Haji dengan pakej FURADA. Hihihi.
Okay, tu je.
Selamat menabung ya.


No comments:
Post a Comment