Sunday, June 3, 2018

BUKU KE 3 - SIRI ANTOLOGI CERPEN NEGERI



CERPEN CERPEN PERAK


Saya tidak pernah menulis cerpen. Kebetulan ketika scroll FB ternampak iklan memerlukan penulis untuk menulis cerpen negeri masing-masing. Walaupun pada ketika itu tarikh menghantar penyertaan sudah pun tamat saya cuba menghubungi penyeleggara. Katanya saya masih boleh lagi menghantar carpen memandangkan kurang mendapat sambutan. 

Saya mula merangka carpen tersebut. Syarat utama perlulah cerpen tersebut mengisahkan negeri Perak. Terbayangkan kampung Semat, maka saya mula menulis isi-isi penting mengenai kampung saya. Pulau Semat dan misterinya serta  kewujudan makan diraja yang bersejarah, Sultan Perak ke 4, Sultan Tajul Arifin. Di dalam cerpen tersebut saya selitkan budaya  dan adat istiadat orang Perak yang sesetengahnya masih lagi diamalkan.

7/2/2017 - Saya menghantar cerpen tersebut.

10/4/2017 - Alhamdulillah, cerpen saya terpilih dan LULUS TERBIT

6/5/2017 - Buku terbit pada PESTA BUKU 2017



Mengambil stok buku pada penerbit Ahmad bin Abdul dari FUFU TERBIT


Hati mana yang tidak gembira apabila buku dipamerkan di rak buku GALLERY BOOKSTORES pada PBAKL 2017

Buku cerpen Perak ini ditulis oleh 10 penulis berbakat. Pelbagai cerita  menarik tentang Perak dikisahkan di dalam buku kuning warna diraja. ini

No comments:

Post a Comment

LOSYEN - Terbitan KataPilar

Ini buku kolaborasi yang ketujuh - LOSYEN.   Saya ni peminat setia buku-buku terbitan KataPilar. Sampaikan saya pernah berangan-angan untuk ...