BUKU KE 4 - KOMPLOT ANEKDOT
Sebelum ini saya tercari-cari cara penulisan anekdot. Bagaikan Tuhan mendengar lintasan hati ini. Pada suatu hari saya ternampak iklan mengenai kursus Penulisan Anekdot yang diselenggarakan oleh Tuan Zabidi Mohamed.
Cepat-cepat saya mendaftar. Kursus Penulisan Anekdot ini berlangsung pada 1 April dan @ April di Kota Buku. Yuran pendaftaran ialah RM 250.
Tiga orang penulis hebat dan terkenal telah dijemput iaitu Tuan Khairy Tajuddin, (saya memang mengikuti penulisan beliau) Tuan Bahrudddin Bekri (saya amat mengagumi penulisan tuan Bahruddin ini dan hanya novelnya sahaja yang boleh saya layan) dan Puan Husna.
Terfikir juga yuran kursus yang agak mahal ..hehehe.. tetapi apabila dijanjikan yang semua peserta kursus berpeluang untuk menulis dan buku akan diterbitkan, maka pejam mata sahajalah untuk hadir ke kursus ini. Pelaburan jangka panjang!
Setelah menghadiri kursus selama 2 hari ini, sedikit sebanyak yakin untuk menulis anekdot.
**************************
Tinggalkan sekejap mengenai kursus tersebut. Apa yang saya hendak ceritakan ialah bagaimana boleh terjebak dalam Komplot Anekdot ini.
Suatu hari ...di status Tuan Khairy Tajudin ada menjemput para penulis untuk menulis 5 cerita anekdot. Apalagi saya pun terus memerah idea. Cari ilham cerita apa yang kelakar tetapi bermanfaat. Tulis..tulis....
**** 25/4 - Hantar 5 cerita anekdot
**** 15/9 - Alhamdulillah saya berjaya dan buku terbit!
Terdapat 120 buah anekdot yang kelakar gila di dalam buku ini.
Kelakar tak? Tengoklah reaksi salah seorang pembaca buku ini!
terima kasih KTR PRESS yang memberi peluang untuk saya berkarya



No comments:
Post a Comment