KERA LUPA PASSWORD
Inilah buku hasil dari kursus anekdot dengan Tuan Zabidi. Tengok tajuknya pun dah terujakan?
Sebaik kursus berakhir Tuan Zabidi meminta setiap peserta menghantar dalam 6-7 buah anekdot. Oh ya selepas itu juga kami diarahkan berposing untuk diletakkan muka kami yang comey ini di dalam buku ini kelak.
Sememangnya saya sudah pun mempunyai beberapa cerita maka dengan pantas dan teruja saya pun segera emel anekdot tersebut. Masih saya ingat lagi manuskrip dihantar pada 6 April 2017.
Mengikut perancangan buku ini sepatutnya disiapkan awal lagi namun begitulah apabila bekerja secara berjemaah dengan rakan-rakan penulis yang lain. Ada yang terikat dengan kerja ada yang terlambat hantar dan sebagainya.
Saya kerap berbalas WhatsApp dengan Tuan Zabidi. Bertanyakan perkembangan buku ini...tentu Tuan zabidi pun fed up! Hihihi... Tarikh perlancaran buku pun sering tertunda. Saya hendak sangat pergi pada perlancaran buku ini.
Pada 11 Mac 2018 perlancaran buku telah diadakan di KOTA BUKU. Malang sekali, saya tidak sihat pada waktu itu. Batuk yang teruk! Malulah nanti kung..kung...bunyi batuk saya kedengaran.
Saya meroyan 3,4 hari selepas itu apabila melihat kawan-kawan up status buku ini. Penuh kesabaran saya menanti abang posmen menghantar bungkusan buku ke rumah.
KERA LUPA PASSWORD
ZAAS PUBLICATION
193 MUKASURAT
* 33 PENULIS BERGABUNG

No comments:
Post a Comment