Tuesday, December 11, 2018

BUKU KE 8 - 99 STRESS FREE WIFE

ALHAMDULILLAH

Disebalik kedukaan yang menimpa kerana kekecewaan di atas buku Ultraman, rupa-rupanya ada kegembiraan di sebaliknya. Ada kisah sedih buku Ultraman ini, takpelah, lupakan sahaja.

Sebenarnya, kronologi manuskrip ini terlalu panjang. Pada mulanya, saya berhubung dan menghantar emel pada Puan Naja Dawan, Editor Urusan di MUST READ SDN BHD. Sebelum ini pun saya banyak mencuba menghantar mss ....ada tajuk yang dipersetujui, ada yang saya rasa tak pandai nak olah lebih lanjut, begitulah al kisahnya.

Saya hantar mss ini dah lamaaaaa... saya pun bertanya khabar. 

"EH, saya terlepas pandang."

Saya bertanya lagi sekali selang beberapa bulan.

"Eh, saya dah tak handle manuskrip. Hantar terus pada editor ya. editorial@mustread.com.my

Makanya :

29 June 2018 - saya hantar manuscript di email di atas


4 Julai 2018 - Alhamdulillah, mss LULUS TERBIT (saya rasa mesti Puan Naja juga yang recomend) Terima kasih puan


13 Ogos 2018 - BUKU ADA DI PASARAN

20 ogos 2018 - baby baharu dalam pelukan

Alhamdulillah, saya benar-benar bersyukur. Buku ini memaparkan kerenah si suami yang menyebabkan kegeraman si isteri!




No comments:

Post a Comment

LOSYEN - Terbitan KataPilar

Ini buku kolaborasi yang ketujuh - LOSYEN.   Saya ni peminat setia buku-buku terbitan KataPilar. Sampaikan saya pernah berangan-angan untuk ...