Tuesday, December 11, 2018


REVIEW BUKU 99 STRESS FREE WIFE DAN GAMBAR-GAMBAR KENANGAN

Alhamdulillah.

1. Review dari rakan FB Puan Ogy Yusof. Buat pengetahuan, puan Ogy ini kaki buku, saban minggu ada sahaja buku yang diberikan ulasan. Dah hampir 300 buku yang dibacanya dalam tahun 2018 ni, hebat!
Terima kasih puan di atas ulasan. Pada yang berminat dengan buku #99sfw ini boleh dapatkan di Popular Book, Gallery Bookstore ada diskaun lagi. Nak beli dengan penulisnya pun boleh.

2/11/2018
99 STRESS FREE WIFE
SHAZA BAHARUDDIN
MUSTREAD / 149 ms
puan penulis Shaza Baharuddin memang sinonim dengan karya yang menceritakan keadaan sekeliling dalam kehidupan beliau. suka baca sebab dalam kisahnya memang banyak pengajaran yang ada.
kali ini kisah suami vs isteri. kisah puan penulis dengan suaminya dalam mengharungi kehidupan seharian sepanjang berumahtangga. ada saja kisah yang mencuit hati yang mampu membuat pembaca tersenyum sendiri sepanjang pembacaan.
sifat suami dan isteri memang berlawanan. kedua-duanya saling melengkapkan. tak kisahlah nak lengkap harmoni atau nak lengkap bertelagah. hehe.. bertelagah ni sebenarnya mampu main peranan merapatkan lagi jurang antara suami dan isteri. kalau tak gaduh, mesti tak tahu sifat sebenar dan cara nak hadapi. bak mantan bos akak kata dulu, rumahtangga yang tenang harmoni tanpa pergolakan sebenar ada pusaran bahaya di dalamnya!
suami kentut depan-depan. hadap jelah. isteri kuat merajuk, suami tak heran. suami kata tak suka fast food, masakkan je la. suami pi makan kat mamak lepas main bola, senyum je la. sesekali nak merajuk, suami tak pandai pujuk, redha je la.. hehe... apa pun moga pasangan suami isteri semua bahagia sentosa hendaknya ya...
bintang? πŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸ


2. Boleh dapatkan buku saya, 99 Stress Free Wife dengan harga promosi. Banyak buku-buku menarik terdapat di Gallery Bookstore.
Gallery Bookstore
15 October
Antara buku yang tersenarai adalah
Lejen Press
#CertotCP: Pukul 3 Pagi - Jeffrey Zain
My Alpha Mentor
- 3 Kanser 10 Bulan - Dr. K. Azlan
- Three Cancers in Ten Months
MUST READ SDN BHD
- 99 Stress Free Wife - Shaza Baharuddin
Dua Penulis
- Projek Lavender - Norsa'adah Ahmad | Dr Noor Hayati Yasmin
Fixi
- Entiti - Syafiq Aizat Ayub
- Feminis - Taufiq Morhaiji
- Hauri - Asmar Shah
- Jari - Wan SC
- Kiub - Syafiq Ghazali
- Mereka - Ariff Adly
Tertakluk terma & syarat
Pembelian hanya SAH di www.galleryonline.com.my sahaja
Promosi sah sehingga 04/11/2018.
Sementara stok masih ada

3.
Shaza Baharuddin
Catatan Shaza
Petang semalam pengantin baru Amirul Nubli datang menziarah. Terima kasih sudi datang ke teratak Cik Za dan Ayah Su.
Apa nak bagi hadiah pada pengantin? Teringat ketika saya bergelar pengantin baru beberapa puluh tahun yang lalu. Apabila berkunjung ke rumah saudara mara dapatlah juga beberapa hadiah dari tuan rumah.
Lalu saya terfikir untuk memberikan sebuah buku tulisan saya. Tentunya buku 99 Stress Free Wife sesuai untuk pengantin baru.
Biar pengantin baru tahu, zaman berdating dulu semuanya 'wangi-wangi' je .... bila dah berkahwin baru tahu 'masam manis pahit maung' pasangan .. hahaha ayat jahat ni.😘
Buku ini sesuai untuk semua. Bakal pengantin, pengantin baru, pengantin lama, yang berangan-angan nak jadi pengantin lagi .... semua boleh bacalah.
Harga RM 22 termasuk kos penghantaran.

 4.Catatan Shaza
"Eh, buku Umi ada dua je." Tegur si anak.
"Iyalah, laku." balas Umi tersenyum simpul.
"Iya ke laku? Sebab orang tak baca, itu yang dorang letak sikit je."
Huh..😘😘😘

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, text

5BERSAMA-SAMA DENGAN PUAN SABARIAH NOR SALLEH

    Pertemuan manis di bulan Disember. Meskipun Dungun dibasahi hujan sepanjang hari ni, kesudian rakan penulis Shaza Baharuddin bertandang ke rumah, seakan sinaran mentari di celahan gumpalan awan mendung.
    Terima kasih juga kerana sudi bertukar buku, lnsya-Allah, kita bersua lagi dalam kesempatan yang lain.
    Image may contain: 2 people, including Shaza Baharuddin, people sitting

No comments:

Post a Comment

LOSYEN - Terbitan KataPilar

Ini buku kolaborasi yang ketujuh - LOSYEN.   Saya ni peminat setia buku-buku terbitan KataPilar. Sampaikan saya pernah berangan-angan untuk ...