Corat Coret Haji 1
Insya Allah, mulai hari ni saya akan berkongsi satu gambar berkaitan Haji setiap hari.
Untuk menulis semua pengalaman dan info dalam sebuah buku tentunya agak mustahil. Terlalu banyak untuk diceritakan.
Apa yang saya coretkan di sini, sebahagian besar tidak ada dalam buku terbaharu saya ini.
Saya cuba menulis dan menyusun gambar-gambar secara turutan.
**********************
Ini gambar pagi 22 Julai 2019. Perasaan? Seribu satu perasaan yang hadir. Dahlah pada sebelah malam saya tidak lena tidur. Asyik terjaga, bila terbangun tengok jam. Terbangun lagi tengok jam. Nervous, risau ..
Suami pula pagi ni lamanya dia bersiap, hahaha. Iyelah, nak pakai ihram, pakaian yang tidak biasa dipakai. Kejap-kejap betulkan, ehh ...pastu tanggalkan semula, betulkan kembali. Sehinggalah saya masuk bilik, " Ayang, semua dah ready, nak bertolak ni."
Kenapa saya tak pakai baju putih? Sunat pakai pakaian berwarna putih ketika bertawaf.
Insya Allah sampai di Mekah nanti saya bertukar pakaian lain. Sudah standby sepasang jubah putih dalam beg merah ( beg yang boleh dibawa masuk dalam kapal terbang).
Sebaiknya standby sepasang baju kerana risau juga jika kita terlewat mendapat bagasi ketika di hotel penginapan
Perjalanan ke Movenpick dalam 50 minit dari rumah di Sijangkang.
Kawan-kawan yang hendak berkongsi pengalaman pun boleh tulis di comment ya. Kita berkongsi cerita untuk manfaat pembaca yang lain.
Kawan-kawan yang hendak berkongsi pengalaman pun boleh tulis di comment ya. Kita berkongsi cerita untuk manfaat pembaca yang lain.


No comments:
Post a Comment