Sunday, June 3, 2018

BUKU KE 5 _ ANTOLOGI ANEKDOT


KERA LUPA PASSWORD



Inilah buku hasil dari kursus anekdot dengan Tuan Zabidi. Tengok tajuknya pun dah terujakan?

Sebaik kursus berakhir Tuan Zabidi meminta setiap peserta menghantar dalam 6-7 buah anekdot. Oh ya selepas itu juga kami diarahkan berposing untuk diletakkan muka kami yang comey ini di dalam buku ini kelak.

 Sememangnya saya sudah pun mempunyai beberapa cerita maka dengan pantas dan teruja saya pun segera emel anekdot tersebut. Masih saya ingat lagi manuskrip dihantar pada 6 April 2017.

Mengikut perancangan buku ini sepatutnya disiapkan awal lagi namun begitulah apabila bekerja secara berjemaah dengan rakan-rakan penulis yang lain. Ada yang terikat dengan kerja  ada yang terlambat hantar dan sebagainya.

Saya kerap berbalas WhatsApp dengan Tuan Zabidi. Bertanyakan perkembangan buku ini...tentu Tuan zabidi pun fed up! Hihihi... Tarikh perlancaran buku pun sering tertunda. Saya hendak sangat pergi pada perlancaran buku ini.

Pada 11 Mac 2018 perlancaran buku telah diadakan di KOTA BUKU. Malang sekali, saya tidak sihat pada waktu itu. Batuk yang teruk! Malulah nanti kung..kung...bunyi batuk saya kedengaran.

Saya meroyan 3,4 hari selepas itu apabila melihat kawan-kawan up status buku ini. Penuh kesabaran saya menanti abang posmen menghantar bungkusan buku ke rumah.

KERA LUPA PASSWORD
ZAAS PUBLICATION
193 MUKASURAT

* 33 PENULIS BERGABUNG




BUKU KE 4 - KOMPLOT ANEKDOT


Sebelum ini saya tercari-cari cara penulisan anekdot. Bagaikan Tuhan mendengar lintasan hati ini. Pada suatu hari saya ternampak iklan mengenai kursus Penulisan Anekdot yang diselenggarakan oleh Tuan Zabidi Mohamed.

Cepat-cepat saya mendaftar. Kursus Penulisan Anekdot ini berlangsung pada 1 April dan @ April di Kota Buku. Yuran pendaftaran ialah RM 250. 

Tiga orang penulis hebat dan terkenal telah dijemput iaitu Tuan Khairy Tajuddin, (saya memang mengikuti penulisan beliau) Tuan Bahrudddin Bekri (saya amat mengagumi penulisan tuan Bahruddin ini dan hanya novelnya sahaja yang boleh saya layan) dan Puan Husna. 

Terfikir juga yuran kursus yang agak mahal ..hehehe.. tetapi apabila dijanjikan yang semua peserta kursus berpeluang untuk menulis dan buku akan diterbitkan, maka pejam mata sahajalah untuk hadir ke kursus ini. Pelaburan jangka panjang!

Setelah menghadiri kursus selama 2 hari ini, sedikit sebanyak yakin untuk menulis anekdot.

**************************

Tinggalkan sekejap mengenai kursus tersebut. Apa yang saya hendak ceritakan ialah bagaimana boleh terjebak dalam Komplot Anekdot ini.

Suatu hari ...di status Tuan Khairy Tajudin ada menjemput para penulis untuk menulis 5 cerita anekdot. Apalagi saya pun terus memerah idea. Cari ilham cerita apa yang kelakar tetapi bermanfaat. Tulis..tulis....

**** 25/4 - Hantar 5 cerita anekdot

**** 15/9 - Alhamdulillah saya berjaya dan buku terbit!



Terdapat 120 buah anekdot yang kelakar gila di dalam buku ini.


Kelakar tak? Tengoklah reaksi salah seorang pembaca buku ini!

terima kasih KTR PRESS yang memberi peluang untuk saya berkarya



BUKU KE 3 - SIRI ANTOLOGI CERPEN NEGERI



CERPEN CERPEN PERAK


Saya tidak pernah menulis cerpen. Kebetulan ketika scroll FB ternampak iklan memerlukan penulis untuk menulis cerpen negeri masing-masing. Walaupun pada ketika itu tarikh menghantar penyertaan sudah pun tamat saya cuba menghubungi penyeleggara. Katanya saya masih boleh lagi menghantar carpen memandangkan kurang mendapat sambutan. 

Saya mula merangka carpen tersebut. Syarat utama perlulah cerpen tersebut mengisahkan negeri Perak. Terbayangkan kampung Semat, maka saya mula menulis isi-isi penting mengenai kampung saya. Pulau Semat dan misterinya serta  kewujudan makan diraja yang bersejarah, Sultan Perak ke 4, Sultan Tajul Arifin. Di dalam cerpen tersebut saya selitkan budaya  dan adat istiadat orang Perak yang sesetengahnya masih lagi diamalkan.

7/2/2017 - Saya menghantar cerpen tersebut.

10/4/2017 - Alhamdulillah, cerpen saya terpilih dan LULUS TERBIT

6/5/2017 - Buku terbit pada PESTA BUKU 2017



Mengambil stok buku pada penerbit Ahmad bin Abdul dari FUFU TERBIT


Hati mana yang tidak gembira apabila buku dipamerkan di rak buku GALLERY BOOKSTORES pada PBAKL 2017

Buku cerpen Perak ini ditulis oleh 10 penulis berbakat. Pelbagai cerita  menarik tentang Perak dikisahkan di dalam buku kuning warna diraja. ini

LOSYEN - Terbitan KataPilar

Ini buku kolaborasi yang ketujuh - LOSYEN.   Saya ni peminat setia buku-buku terbitan KataPilar. Sampaikan saya pernah berangan-angan untuk ...